Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan ini menjanjikan kita seribu keberkatan. Dan semoga kita mampu menjalankan ibadah berpuasa sebaik yang mungkin. InsyaAllah...AMIN...
Sempena bulan Ramadhan ni.. saya nak ucapkan selamat berpuasa buat semua budak-budak major Bm.. semoga Ramdhan ini menjadikan anda semua lebih baik dan diberkati oleh-Nya.. Salam Ramadhan dan Salam Aidifitri..
"Dan kepunyaan Allah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nyalah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhan-Mu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan" (Surah Huud, ayat 123)
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...
No comments:
Post a Comment