Friday, August 20, 2010

Salam Ramadhan buat semua..

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan ini menjanjikan kita seribu keberkatan. Dan semoga kita mampu menjalankan ibadah berpuasa sebaik yang mungkin. InsyaAllah...AMIN...

Sunday, September 13, 2009

BUAT RENUNGAN..


Aku bukanlah siapa-siapa
Tak ada raja yang mengenalku
Tak pula rakyat jelata menghormatiku

Aku hanyalah makhluk hina
Terasing dan terbuang
Tak seorang mencintaiku
Semua manusia tak ku hiraukan
Tak ada yang menghendaki diriku
Tak pula yang merinduku
Dalam kesendirian dan keterasingan ku tersedar
Ada yang tengah memperhatikan
bahkan merindukanku
Dia selalu menghendaki kehadiranku
bahkan ketika aku mengabaikan keberadaannya

Dia terlalu mulia untuk ku harapkan
Namun sekarang aku percaya
Dia memang merindukanku

Hanya dia yang menghendaki hadirku
Hanya dia yang slalu sabar
atas segala jahilku

Dalam setiap alpaku
Hanya dia yang selalu merindukanku.....

Saturday, September 12, 2009

JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat di gunakan bagi menyatakan maklumat, membuat pertanyaan , memberi arahan , dan menunjukkkan perasaan.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu iaitu
(1) Ayat Penyata
(2) Ayat Tanya
(3) Ayat Perintah
(4) Ayat Seru


AYAT PERINTAH
Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat dan dalam ayat penyata ada maklumat ditekankan. Ayat ini diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. Ayat ini boleh terdiri daripada daripada sebuah klausa atau lebih. Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. Intonasi dapat menentukan jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam ayat lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Asmah Haji Omar pula membahagikan bentuk ayat penyata
i-ayat penyata perbuatan
ii-ayat penyata keadaan/statif

AYAT TANYA

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan mendapatkan jawapan. Jawapan boleh berupa penjelasan atau ya/tidak.
Jenis-jenis Ayat tanya
(1)Ayat Tanya Tertutup
- iaitu ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas iaitu ya atau tidak/bukan.
Contoh :Kaumahu ikut atau tidak?
Adakah kamu sakit?
- Ayat penyata dapat dijadikan ayat tanya tertutup dengan menambahkan kata tanya pada ayat penyata dengan intonasi naik pada akhir ayat.
Contoh : Badan budak itu panas. (ayat penyata)
Adakah badan budak itu panas? (ayat tanya)

Ayat Tanya Terbuka
- Ayat tanya terbuka mengkehendaki jawapan yang berupa penerangan
-Ayat tanya ini ditandai dengan adanya kata tanya seperti apa, siapa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain lagi. Letak kata tanya boleh berpindah sama ada di awal atau akhir ayat. Contoh :
Apakah yang dibeli oleh emak?
Kamu ini siapa?
Siapakah gadis yang berbaju biru itu?

Ayat Tanya Retorik/Tempelen
-Ayat tanya ini tidak memerlukan jawapan dan hanya digunakan apabila penanya ingin memastikan jawapan yang sebenar telah diketahui. Ayat tanya ini terbentuk melalui proses campuran antara ayat dasar dengan kata nafi.
Contoh: Dia sepupu kamu, bukan?
Kamal, datang tidak?

AYAT PERINTAH
(1) Ayat Perintah Biasa

Abdullah Hassan ( 2005:190) meyatakan ayat perintah biasa, walaupun tidak mempunyai subjek, tetapi pada struktur dalamnya memang ada. Dalam penggunaan ayat perintah biasa bagi orang kedua, subjek pelakunya lazimnyaa tidak timbul pada struktur permukaannya. Sekiranya seorang pengawal yang berkawal pada waktu malam melihat orang berjalan-jalan, mungkin memberi perintah ”berhenti ”. Ayat asalnya ” kamu berhenti”

(2)Ayat Sila
Berlainan daripada perintah biasa kerana golongan ini lebih halus cakupannya. Ayat ini menggunakan kata seperti sila, tolong, minta, bolehkah, dan lain-lain lagi. Contoh:sila duduk

(3) Ayat Ajakan
Ayat ini juga mempunyai subjek yang terdiri dari orang pertama, jamak tetapi di gugurkan Contoh:
a) Mari (kita) bermain
b) Mari bermain

(4) Ayat Larangan
Larangan adalah ayat perintah negatif dengan menggunakan kata larangan seperti jangan, dilarang,usah, tak usah dan ditegah, Contoh:
1. Jangan membuang sampah.
2.Usah pergi.

AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dengan tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Contohnya:
Cantiknya!
Wah, lawanya!
Cis, jahat betul dia itu!

Wednesday, September 9, 2009

PADI DAN EKSPRESI KETAMADUNAN BANGSA

Padi merupakan makanan ruji bagi kita. Kepercayaan yang berkaitan dengan penanaman sebenarnya bermula dengan pengaruh animisme setiap benda mempunyai semangat (roh). Semangat padi ialah semangat yang khususnya dipunyai oleh padi. Semangat padi ini dipercayai boleh berpindah ke tempat lain.Semangat padi sangat peka, mudah tersinggung, terganggu atau terperanjat dan cepat merajuk. Jadi, utk memelihara semangat padi ini, pelbagai upacara dijalankan.
Apabila kedatangan Hindu-Buddha, upacara semangat padi ini berubah dan menerima pengaruh Hindu-buddha. Bacaan mantera yang melibatkan kata-kata yang pelik sering menjadi unsur penting dalam upcara pawang memelihara semangat padi. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah upcara ini apabila bacaan basmalah dan ayat-ayat suci Al-quran mengiring upacara yang berkaitan dengan semangat padi. Malahan pawang dianggap perantaraan yang menyampaikan hajat petani kepada Allah S.W.T. Antara upacara yang melibatkan yang melibatkan penanaman padi ialah upacara menatau/menetar, upacara persiapan menabur, upacara menabur, upacara menyemai biji benih, upacara mengubah anak benih, upacara membela padi, berpuar, menghilang sumbang dan bersemah besar. Antara pantang larang dalam penanaman padi ialah
(1)Pantang menyeberangkan mayat di kwsn sawah. Semangat padi akan terkejut dengan mayatdan hasil padi akan berkurangan.
(2)Pantang melakukan perbuatan keji di kawasan sawah. Padi menjadi lemah dan terdedah kepada serangan penyakit
(3) Pantang menggunakan sabit semasa menuai padi. Ini dikatakan menyakitkan” semangat padi.
(4) Pantang membuat bising di kawasan sawah kerana semangat padi dipecayai takut kepada bunyi bising.

Sunday, August 23, 2009

Aku akan tebarkan jala ini ke atas dunia. Aku yang mendapat segala-galanya yang baik dan yang buruk. Yang baik aku letakkan di sebelah kanan. Yang buruk aku asingkan di sebelah kiri. (HHTSS,HLM.167)

USAH DIKUTIP MANIS DUSTA ITU...

Usahlah kau biarkan duka terus bertamu
Bila manik-manik dusta bertaburan satu-persatu.
Walau nafasmu seakan terhenti
Hidupmu bagai tiada erti
Kesetiaanmu dikhianati
Laramu itu usah dijadikan hidangan
Jadikan Solatmu sebagai santapan
Taubat dan doa sebagai minuman
Selawat atas Nabi sebagai kudapan
Zikir dan Istighfar sebagai manisan
Dengan izinNya kau terus bernafas
Hidupmu indah terbentang luas
Nikmat buah–buahan setiamu kau kupas
Usahlah kau kutip manik-manik dusta itu lagi
Untuk kau kalungkan semula di hati