Wednesday, September 9, 2009

PADI DAN EKSPRESI KETAMADUNAN BANGSA

Padi merupakan makanan ruji bagi kita. Kepercayaan yang berkaitan dengan penanaman sebenarnya bermula dengan pengaruh animisme setiap benda mempunyai semangat (roh). Semangat padi ialah semangat yang khususnya dipunyai oleh padi. Semangat padi ini dipercayai boleh berpindah ke tempat lain.Semangat padi sangat peka, mudah tersinggung, terganggu atau terperanjat dan cepat merajuk. Jadi, utk memelihara semangat padi ini, pelbagai upacara dijalankan.
Apabila kedatangan Hindu-Buddha, upacara semangat padi ini berubah dan menerima pengaruh Hindu-buddha. Bacaan mantera yang melibatkan kata-kata yang pelik sering menjadi unsur penting dalam upcara pawang memelihara semangat padi. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah upcara ini apabila bacaan basmalah dan ayat-ayat suci Al-quran mengiring upacara yang berkaitan dengan semangat padi. Malahan pawang dianggap perantaraan yang menyampaikan hajat petani kepada Allah S.W.T. Antara upacara yang melibatkan yang melibatkan penanaman padi ialah upacara menatau/menetar, upacara persiapan menabur, upacara menabur, upacara menyemai biji benih, upacara mengubah anak benih, upacara membela padi, berpuar, menghilang sumbang dan bersemah besar. Antara pantang larang dalam penanaman padi ialah
(1)Pantang menyeberangkan mayat di kwsn sawah. Semangat padi akan terkejut dengan mayatdan hasil padi akan berkurangan.
(2)Pantang melakukan perbuatan keji di kawasan sawah. Padi menjadi lemah dan terdedah kepada serangan penyakit
(3) Pantang menggunakan sabit semasa menuai padi. Ini dikatakan menyakitkan” semangat padi.
(4) Pantang membuat bising di kawasan sawah kerana semangat padi dipecayai takut kepada bunyi bising.

No comments:

Post a Comment